Dato' Siti Nurhaliza Tawan Tiga Negara - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Dato' Siti Nurhaliza Tawan Tiga Negara

Dato’ Siti Nurhaliza Tawan Tiga Negara

Selepas berada dalam industri muzik Malaysia selama lebih 20 tahun, adalah menjadi sesuatu yang penting buat Dato’ Siti Nurhaliza untuk membina legasi kerjaya yang tak mungkin dilupakan untuk  industri muzik Malaysia. Siti Nurhaliza berhasrat untuk merapatkan jurang antara budaya dan bahasa melalui muzik dan sedia untuk tawan tiga negara dengan Siti Nurhaliza On Tour.

Jangan ketinggalan menjelajah bersama penyanyi ini dalam perjalanan muzik yang bakal meraikan lebih daripada 20 tahun penglibatan Dato’ Siti Nurhaliza dalam bidang seni suara. Mari bersama-sama meraikan momen untuk menikmati vokal, muzik dan legenda ini sendiri dalam konsert jelajah terbesarnya.

Penjelajahan Dato’ Siti Nurhaliza On Tour ‘bersuara’ melalui konsert itu sendiri. Sebuah perjalanan muzikal yang akan membawa kamu bernostalgia dengan satu demi satu lagu hits dan digubah semula untuk mengoncang debaran rasa serta membuatkan para peminat dapat menikmatinya bersama-sama.

Setiap segmen persembahan akan menampilkan yang terbaik dari yang terbaik segmen irama tradisional, balada, carta unggul dan unplugged. Semua muzik dihasilkan dan diatur semula oleh pemuzik extraordinaire, Aubrey Suwito bersama band All-Starnya. Aubrey bertindak memilih sendiri para pemuzik yang bakal mengiringi jelajah muzik ini yang terdiri dari pemuzik Kota New York hinggalah kepada pemuzik luar biasa tempatan yang telah bersama Siti sejak mula perjalanan kerjayanya.

Konsert ini juga akan mengundang penyanyi lelaki Indonesia yang  hebat, Tulus. Gabungan kedua-dua suara yang luar biasa itu pasti menghasilkan momen ajaib. Tulus bakal menjadi penyanyi undangan jelajah konsert ini dan membawakan lagu-lagu hits yang pastinya tidak patut dilepaskan oleh para peminat setianya. Manalah tahu kamu bakal melihat sebuah lagu duet antara dua penyanyi hebat ini sebelum lagu itu dilancarkan… Jadi jangan ketinggalan!

 

.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist