Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Dari Sarapan Pagi Hingga Makan Malam

Mungkin kamu sedang mencari tempat makan seharian dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam. Tak perlu bingung nak ke mana, jom cuba kafe dan restoran yang Cosmo cadangkan!

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

TENGAH HARI

Fat Spoon
ALAMAT: 73, Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor / WAKTU OPERASI: 11.30am – 10pm (Selasa hingga Ahad)

Selalunya waktu makan tengah hari, kamu lebih gemar mengambil hidangan berat supaya bertenaga sepanjang hari. Kafe Fat Spoon kaya dengan menu moden fusion, Nyonya dan tempatan. Ada pelbagai set makanan tengah hari di sini iaitu dari nasi goreng sambal dengan kari ayam hinggalah ke pasta capellini (angel hair). Kamu boleh pilih air selasih pandan atau Coke. Pencuci mulut aiskrim vanila atau puding sagu jadi pelengkap hidanganmu.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist