Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Dari Sarapan Pagi Hingga Makan Malam

Mungkin kamu sedang mencari tempat makan seharian dari sarapan pagi hinggalah ke makan malam. Tak perlu bingung nak ke mana, jom cuba kafe dan restoran yang Cosmo cadangkan!

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

SARAPAN PAGI

Breakfast Thieves
ALAMAT:  Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur / WAKTU OPERASI: 9am – 5 pm (Selasa hingga Ahad )

Dapatkan hidangan sarapan pagi ala Australian di KL! Hidangan klasik seperti Leprechaun, bersalut zukini-jagung yang indah, cendawan cili, lobak jeruk, mousse alpukat dan telur rebus sempurna untuk kamu yang vegan. Untuk kamu yang suka sarapan ‘meriah’, cuba Gypsy King – salmon yang disalut dengan sos halia dan dihidangkan bersama keledek, pak choy, poached eggs dan sebagainya. Suasana kafe ini cukup menenangkan dan ini akan menjadi permulaan sempurna untuk hari kamu.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist