Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cuti Hujung Minggu Di Langkawi

 

6636106_l

Masa untuk lepaskan lelah di lokasi percutian yang pasti memberi nikmat untuk relaks secara sempurna. Jelajah bersama Cosmo bermula sekarang… Pilihan Cosmo kali ini adalah Pulau Langkawi!

Cosmo sudah sering ke Langkawi, tapi jemputan ke Pulau Rebak untuk menikmati percutian pantai mewah di hotel Vivanta by Taj sungguh mengujakan. Apatah lagi ia baru diambil alih oleh rangkaian hotel dari India, jadi hati tertanya-tanya apakah yang menarik di situ.  Hanya 15 minit menaiki bot dari Port Langkasuka, kamu akan disambut deretan bot mewah milik orang luar. Bot laju yang kami naiki dipandu perlahan kala masuk ke Marina kerana tak mahu tamparan ombak kuat mengganggu tetamu di situ.  Menjelajah sekitar Vivanta by Taj, kamu boleh bayangkan dirimu sedang menenangkan fikiran di tepi pantai sambil menghirup segelas kopi sejuk. Melihatkan air laut yang sebegitu tenang, alangkah seronoknya jika dapat mencuba jet ski dan parasailing di situ.Kehijauan yang menyelimuti sekitar hotel akan buat kamu mahu bersiar-siar sambil mengeluarkan peluh. Kamu boleh jalan sendirian atau tunggu sesi bersama naturalist hotel yang akan berkongsi khasiat tumbuhan dan senarai haiwan kecil yang ada di pulau seluas 390 ekar itu, antaranya helang laut dan enggang oriental pied. Kalau kamu dapat lihat kelibatnya, memang mengujakan!

Nak datang sendirian pun okey, nak berbulan madu pun boleh. Dengan layanan mesra kakitangan di situ, kamu takkan rasa begitu lonely. Dan tempat yang sebegitu privasi sudah tentu jadi tumpuan pasangan berbulan madu. Menariknya, hotel ini menawarkan makan malam eksklusif untuk dua orang di Moon Deck, jadi bolehlah kamu berbual tanpa gangguan bersama si dia sambil menikmati hidangan istimewa dan tiupan angin pantai mengasyikkan.

Transportation ke sana: Kedua-dua Malaysia Airlines dan AirAsia menawarkan penerbangan dua kali sehari dari Kuala Lumpur, selain penerbangan dari Pulau Pinang dan Singapura. Pilihan lain: Khidmat feri dari Kuala Kedah bermula jam 7 pagi ke 6 petang selama sejam setengah. Naik feri dari Kuala Kedah mengambil masa 45 minit saja.

Aktiviti: Kamu harus jelajah kawasan paya bakau dengan menaiki bot dan di situ kamu akan begitu menghargai ciptaan Tuhan yang begitu berharga. Ingat lagi Tsunami yang berlaku pada 2004? Nasib baik Langkawi ada hutan paya bakau yang masih tebal, jadi tiada nyawa terkorban, hanya kerosakan harta benda yang berlaku.

Kilim Geoforest Park,  keindahannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cosmo berpeluang melihat kelibat helang laut serta monyet liar dan memberi makan kepada ikan pari yang saiznya agak wow.

Cosmo absolutely love the sunset cruise! Merenung matahari terbenam berlatar belakangkan Laut Andaman seakan mimpi jadi kenyataan, apatah lagi kapal Blue Dolphin begitu selesa dan memuatkan hampir 30 penumpang. Siap ada empat bilik selesa untuk kamu freshen up dan merehatkan diri.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist