Cushion Foundation Untuk Setiap Keperluan!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cushion Foundation Untuk Setiap Keperluan!

Istimewa The Face Shop : Produk dari Korea yang menjadi rebutan seluruh dunia kerana ia mampu memberi penampilan kulit sempurna menawan – The Face Shop Miracle Finish Cushion White dan Miracle Finish Cushion Black Collection kini dengan bungkusan baru!

 

 

Jika kamu peminat tegar dunia hiburan Korea, pastinya kamu mengenali Suzy, pelakon, penyanyi dan juga duta jenama kecantikan popular, The Face Shop. Tak puas rasanya menatap kulitnya yang cantik mulus itu, tak kira dalam apa jua keadaan! Di atas pentas, di dalam drama, walaupun bertukar-tukar lokasi dan berubah-ubah cuaca, Suzy tetap kelihatan cantik. Antara rahsianya adalah bedak asas kusyen untuk keperluan kulit yang berbeza.

Miracle Finish Cushion White Collection menampilkan tiga jenis formula  bedak asas – CC Intense Cover Cushion, CC Ultra Moist Cushion dan Oil Control Water Cushion. Sementara Miracle Finish Cushion Black Collection menampilkan formula baru iaitu CC Cooling Cushion, CC Long Lasting Cushion dan BB Power Perfection Cushion. Apakah perbezaan dua koleksi ini? White Collection memberi kamu pilihan kemasan yang lebih tipis, bercahaya dan dewy sementara Black Collection untuk kamu yang mahukan lebih efek solekan serta litupan tebal.

 

Miracle Finish Cushion White Collection

Oil Control Water Cushion SPF50+, PA+++

Sesuai untuk kamu yang kulitnya berminyak, ia mengawal sebum dengan kemasan powdery. Litupannya ringan tetapi mampu menutup cela dan kawalan sebum memastikan solekan tak berbelak. Kulit kekal segar, tidak berminyak dan kelihatan matte.

CC Intense Cover Cushion SPF 50+, PA+++

Mencari sesuatu yang lebih tebal? Bukan sekadar litupan penuh, ia juga memastikan pemakaian yang bertahan. molekul asid hialuronik yang sangat halus melembap dan memastikan kulit selesa sepanjang hari. Ia mengandungi minyak bunga mawar untuk menyerikan kulit serta minyak lavender yang menenangkan kulit yang keletihan. Litupan penuh yang sempurna? Ini untukmu.

CC Ultra Moist Cushion SPF 50+, PA+++

Kulitmu lebih kering dan matang serta memerlukan bedak asas yang melembap dan dapat menutup penampilan garis-garis halus? CC Ultra Moist Cushion kaya dengan lembapan dan bahan penjagaan kulit untuk kulit yang kelihatan bercahaya. Bila kulit terasa kering, ini kusyen pilihanmu.

 

 

Miracle Finish Cushion Black Collection

CC Cooling Cushion SPF42 PA+++

Menariknya bedak asas yang menyejukkan kulit ini! Rumusan ‘snow oil’ memberi sensasi segar pada kulit dengan tekstur ringan, segar dan membuatkan kulit kelihatan berseri semula jadi. Ia juga sangat melembap kerana kandungan 70% krim lembapan dan 70% bahan penjagaan kulit, namun tidak buat kulit terasa berat. Pada hari-hari cuaca esktra panas, inilah kusyen yang patut kamu gunakan.

CC Long Lasting Cushion SPF50+ PA+++

Mengapa ia mampu bertahan dan kekal sempurna lebih lama? Kerana ia mengandungi 15% primer yang membuatkan kulit kelihatan licin dan sekata. Dicipta dengan filem yang sangat lekap, ia menghalang solekan daripada tertanggal atau hilang akibat peluh dan sebum. Kamu touch-up berapa kali pun, efeknya tetap sempurna.

BB Power Perfection Cushion SPF50+ PA+++

Dalam banyak-banyak cushion foundation, yang ini memberikan litupan paling penuh untuk menutup cela pada kulit. Mengandungi bahan lembapan dan memperbaharui kulit yang membantu mengekalkan keanjalan kulit, ia boleh dijadikan alternatif untuk kamu yang suka menggunakan The Face Shop Power Perfection BB Cream. Lebih mudah dibawa dan digunakan bila-bila masa.

Sekarang kamu dah tahu the secret weapon kepada penampilan kulit Suzy yang sentiasa on point tak kira untuk apa jua acara, dalam apa jua keadaan. Enam pilihan cushion foundation ini seharusnya menjadi rahsia kecantikan kulitmu juga!

 

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru