Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Curi Masa Untuk Berhubungan Intim Ketika Ramadhan

Bulan Ramadhan tidak bererti kamu harus hentikan aktiviti seks bersama suami. Hubungan intim masih boleh dilaksanakan pada waktu malam selepas berbuka puasa sehingga sebelum waktu imsak. Cuma jangan lupa mandi wajib sebelum imsak, okey!

 

40283026_l

Atur waktu

Waktu yang sempit selama bulan puasa mengharuskan setiap pasangan menahan nafsu ketika berpuasa dan hanya melakukannya pada waktu yang diizinkan (selepas waktu berbuka puasa sehingga sebelum waktu imsak). Perkara ini sedikit sebanyak menduga terutama pasangan pengantin yang baru saja berkahwin.

Setelah berbuka dan solat terawih, kamu masih mempunyai waktu yang cukup banyak untuk lakukan seks bersama suamimu. Pastikan kamu lakukan seks dengan hati yang tenang dan minda yang relaks agar kalian dapat nikmati sepenuhnya.

 

Lakukan seks kilat

Seks kilat adalah satu alternatif seks yang biasa dilakukan pasangan suami isteri selama bulan puasa. Jika sebelum ini kamu sudah terbiasa melakukan seks yang lama dan panjang, ketika bulan Ramadhan ini hadkan durasi seks kamu lebih pendek agar stamina kamu masih kekal di siang hari.

 

Elak tidur selepas seks

Setelah mengerahkan seluruh tenaga kamu untuk menikmati seks bersama suami, Cosmo faham kadangkala tidur adalah perkara yang kamu ingin lakukan sejurus selepas itu. Tapi berhati-hati untuk lakukannya ketika di bulan puasa. Ini kerana walaupun kamu mempunyai waktu yang lama untuk lakukan seks iaitu pada selepas berbuka dan sebelum waktu imsak, waktu itu sebenarnya tidak terlalu lama untuk kamu manfaatkannya.

Mandi wajib selepas berhubungan intim harus dilakukan sebelum waktu imsak masuk. Oleh itu kamu perlu bijak atur waktu agar kamu tidak terlepas masanya. Jadi ia amat bahaya jika kamu tertidur selepas seks kerana risikonya kamu tidak akan sempat bangun untuk mandi wajib sebelum waktu imsak. Kunci jam jika kamu takut diri kamu tertidur agar boleh mengelakkan daripada kamu ‘tidak puasa tanpa sengaja’.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert