Curi-Curi Nikmati Seks Bersama Suamimu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Curi-Curi Nikmati Seks Bersama Suamimu

Curi-Curi Nikmati Seks Bersama Suamimu

Mungkin selama ini kamu suka ekspresikan kenikmatan seks dengan suara tapi apabila sudah ada anak, ia seolah terbantut kerana kamu tidak mahu mereka mendengarnya. Lebih teruk apabila kamu tiada masa langsung untuk ‘bersama’ suami kerana penat mengurus hal rumah tangga. Usah risau! Cosmo ada tip untuk kamu ‘curi-curi’ nikmatinya.

Curi-Curi Nikmati Seks Bersama Suamimu

Foto: 123rf.com

Sudah semestinya hubungan intim membawa kamu ke alam parenthood tapi untuk segelintir pasangan, parenthood bersamaan dengan zero sex life. Itu salah! Bagaimana caranya untuk kekalkan kehidupan seks yang hebat walaupun anak tidak mahu berenggang denganmu walau sesaat? Ikuti enam tip ini untuk jadikannya hot, hot, hot!

Prev1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

1) Seks Bukan Sekadar Fizikal

Jika kamu selalu fikir yang kamu tak ada mood apatah lagi tenaga untuk berhubungan intim, kamu sedang menghancurkan kehidupan seks sendiri. Jangan melihatnya sebagai perkara fizikal, anggapnya lebih daripada itu. Ya, kenikmatan fizikal yang kamu dapat memang hebat, tapi apabila kamu penat, keinginan itu akan terkubur. Satu perkara yang ramai tidak sedar adalah kepentingan intimasi. Apabila kamu rasa seks seperti satu rutin, cuba fikirkan yang ia bukan semata-mata untuk lepaskan kepuasan tapi lebih kepada emosi dan untuk rasa lebih rapat dengan suami kamu. Fokus pada perkara itu dan secara semula jadi ia akan get you in the mood.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert