Cubaan Bunuh Diri Dan Padam Akaun Instagram, Ariana Cuba Tenangkan Pete Davidson
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cubaan Bunuh Diri Dan Padam Akaun Instagram, Ariana Cuba Tenangkan Pete Davidson

Ariana Grande cuba menghubungi dan menjejaki bekas tunangnya, Pete Davidson selepas lelaki itu memuat naik luahan hati dan memberikan hint untuk membunuh diri di Instagramnya, sebelum memadam akaun itu.

Pete sebelum ini mengakui mempunyai masalah mental dan berperang dengan tekanan, mengejutkan peminat dan media dengan pos terbarunya itu. Berikutan tindakan pelik Pete itu, orang ramai dan juga rakan selebriti cuba membantunya dan memintya bantuan orang ramai yang mungkin berada berdekatan dengan Pete.

Malah pihak polis New York juga mendedahkan menerima ratusan panggilan daripada peminat Pete dan menggesa mereka menjejakinya. Kemudian pihak polis NY memaklumkan Pete berada di NBC Studios dan sedang melakukan latihan persembahan Saturday’s Night Live.

“I really don’t want to be on this earth anymore. I’m doing my best to stay here for you but I actually don’t know how much longer I can last. All I’ve ever tried to do was help people. Just remember I told you so”, luah Pete di Instagramnya.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness