Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cuba Urutan Eksotik dan Erotik Ini

Tengah ada mood nak lakukan sesuatu bersama suami? Cuba satu daripada urutan eksotik (dan erotik) malam ini.

42401025 - young couple relaxing on bed

Tekanan bawah pinggang. Urutan penuh nikmat. Urutan riba. Bukan, ini bukan posisi kamasutra yang baru ya. Ia adalah gerak urutan ‘mencairkan’ tubuh, ilmu yang diperoleh selepas menyelidik spa di seluruh dunia. Urutan ini sememangnya sensual dan luar biasa dan kamu takkan jumpa di mana-mana, percayalah. Tunggu apa lagi, pelawa suami untuk saling melayan manja di rumah nanti.

 

Urutan riba

Urutan kepala akan mengurangkan tekanan dari leher ke atas. Disebabkan lelaki biasanya memikul tekanan dari bahagian bahu ke atas, urutan ini memang ideal untuk mereka. Untuk mantapkan pengalaman ini buat kalian berdua, letakkan kepalanya di atas ribamu supaya kamu boleh melihat reaksinya bila disentuh. Pertama, gunakan jari telunjuk untuk menekan antara kedua-dua keningnya. Kemudian gosok sekeliling telinganya – di situ ada lebih 300 pusat tekanan menjadikannya zon rangsangan yang utama. Dari situ, urut perlahan-lahan sehingga ke dahi.

 

Urutan penuh nikmat

Bukan bahagian belakang saja yang perlu diberi perhatian. Urutan pada dada dapat meningkat pengaliran darah, lantas membantu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Untuk menggosok lebih mudah, gunakan minyak pada tubuhnya, kemudian letakkan tapak tangan kamu secara bersebelahan di atas sebelah dadanya. Gosok perlahan-lahan ke atas dalam bentuk bulatan. Brush over his nipple dengan ibu jarimu (atau gunakan lidahmu!). Teruskan sehingga ke bahu, selang-selikan dengan tekanan dari tapak tangan dan jari.

 

Sesi rotan nakal

Teknik melibas dapat meningkatkan peredaran darah dan mengeluarkan toksin. Rendam tuala dalam air suam, perah, kemudian masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 30 saat (jangan sampai rasa melecur pula). Minta suami berdiri membelakangi kamu. Dengan cara itu, dia takkan tahu di mana kamu nak sasarkan, sudah tentu lebih mengujakan. Dengan lembut sebat beberapa kali pada kaki dan lengannya, kemudia halakanlah ke punggungnya. Tukar tempat dan watak ya.

 

Tekanan bawah pinggang

Kamu boleh peroleh manfaat terapeutik apabila dapat melonggarkan kawasan pertemuan antara pinggul dan paha. Kebanyakan flexor pinggul kurang kelenturan kerana duduk terlalu lama. Sapukan minyak urut pada kedua-dua tapak tangan, kemudian uli perlahan bahagian flexor mengikut arah jam, sejali gus mencipta geseran dan rasa hangat. Apabila ototnya rasa lebih lembut, tambah tekanan dan lakukan urutan bulat kecil dekat dengan bahagian intimnya yang sememangnya lebih sensitif. Bila dia mula menghela nafas, tukar tempat supaya dia boleh lakukan kepadamu pula.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert