Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

COSMOPOLITAN X SHAPE DANCE PARTY – We Really Had Fun!

Untuk kamu yang tidak sempat menyertai acara Cosmopolitan X SHAPE Dance Party pada 18 November lalu, kamu telah terlepas salah satu acara yang paling awesome tahun ini. Yes, for sure!

https://www.youtube.com/watch?v=fp21DM84FQA

Berlansung di SOGO KL, lebih 200 pembaca setia majalah Cosmopolitan dan SHAPE telah pun memenuhi ruang acara seawal jam 3 petang.  Cosmopolitan X SHAPE Dance Party menampilkan pelatih kecergasan dari Peak Fitness untuk tiga sesi tarian Zumba yang pastinya telah membuatkan adrenalin pembaca memuncak.

Diacarakan oleh Fiza Frizzy, acara dimulakan dengan ucapan oleh Pengarang Cosmopolitan, Nisa Halid dan Ketua Pengarang SHAPE, Seema Viswanathan. Pembaca juga turut menyertai beberapa aktiviti di atas pentas dan tiga pembaca dengan outfit yang stylish memenangi hadiah menarik.

Terima kasih diucapkan kepada SOGO KL yang menaja lokasi acara dan ELLE Active untuk pakaian sukan yang stylish. Penaja bersama yang turut memeriahkan Cosmopolitan X SHAPE Dance Party 2017 termasuk Peak Fitness, Juice Works, Youngblood, Aiken, CLEAR, Wonda, Revive, Yogood and Cellnique. Acara diakhiri dengan jamuan makan malam dan pembaca juga pulang dengan beg cenderahati yang awesome!

9 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness