COSMOPOLITAN OKTOBER 2018 - MILA KUNIS
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
COSMOPOLITAN MALAYSIA

COSMOPOLITAN OKTOBER 2018 – MILA KUNIS

TEKA-TEKI HIDUPNYA KINI TERBONGKAR

Edisi kerjaya kembali lagi! Tinggal dua bulan saja lagi sebelum melangkah ke tahun baru, kamu berpuas hati dengan pencapaianmu di tempat kerja selama ini? Jika belum, masanya untuk selak Cosmopolitan edisi Oktober 2018. Banyak tip yang boleh membantu memperhebatkan penampilan dan skill kerjaya kamu antaranya 7 Days of Shirting, 6 Tip Belajar Sambil Bekerja, juga Millennial Burnout – sindrom ‘kelesuan’ yang biasa dialami Generasi Z dan cara atasinya. Baca juga tip daripada the movers and shakers yang berjaya buktikan bahawa minat boleh bertukar menjadi kerjaya profesional dalam artikel Real People Real Success.

Apa lagi yang istimewa dalam edisi ini? Tentunya penampilan wanita misteri, Mila Kunis sebagai coverstar! Selama bertahun-tahun kehidupannya penuh dengan teka-teki. Jadi Cosmo bongkar kisah tentang keluarganya, momen peribadinya, impiannya sebagai penerbit, serta mengapa dia tidak mempunyai sebarang akaun media sosial! Nak tahu siapa celebrity crush pertama Mila dan perkara paling gila pernah dilakukannya ketika usia 20-an? Kamu kena beli dan baca sendiri, okey? Kisahnya pasti buat kamu teruja.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
COSMOPOLITAN MALAYSIA

COSMOPOLITAN MALAYSIA

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness