COSMOPOLITAN OGOS 2018 – Elfira Loy
Kontroversi Mematangkan Dirinya!
Selamat Hari Merdeka! Sempena bulan bersejarah ini, Cosmo mahu kamu kenali tiga personaliti terkenal yang berani mengekspresikan diri dan lantang bersuara tentang erti kebebasan sebenar. Baca temu bual istimewa bersama mereka di halaman Cosmo Special. Untuk menguatkan lagi rasa cintakan negara, cuba ilham fesyen dan solekan dalam rona merah menyala, pasti semangatmu lebih membara! Dalam edisi ini juga kami kupas isu arah tuju wanita Melayu kini yang dikatakan mengalami krisis identiti sehingga digelar ‘Melayu moden’. Salahkah berbaju kebaya ke majlis hari jadi? Apa dilema yang dihadapi? Baca selanjutnya di halaman Cosmo Investigates. Buat kamu yang merancang untuk bercuti secara solo, kami senaraikan destinasi yang buat kamu rasa bebas dan selamat untuk mencipta pengalaman yang takkan dilupakan seumur hidup. Percayalah, your trip is going to be epic!