Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

COSMOPOLITAN NOVEMBER 2018 – CHRISTINA AGUILERA

CHRISTINA AGUILERA BERKONGSI SEGALA YANG TERBUKU DI HATI...

Tinggal lebih kurang sebulan saja lagi ke tahun baru, sudah tercapaikah azam kamu untuk miliki tubuh lebih sihat dan langsing? Jika belum, jangan risau. Tekadkan azam dan cuba capainya pada tahun akan datang dengan panduan dan tip hebat daripada Cosmo. Dalam edisi ini, kami kongsikan inspirasi daripada tiga ikon kecergasan yang sedang meningkat naik, senaman mudah untuk mantapkan bahagian atas tubuh, dan yang paling menarik tentunya pelan diet 30 hari daripada hos, motivator dan pakar kecergasan, Nana Al-Haleq untuk kamu miliki #betterbody!

Tentu kamu kenal sangat dengan covergirl pilihan Cosmo bulan ini. Bermula sebagai bintang Disney kemudian meningkat naik menjadi penyanyi terkenal, zaman awal kerjayanya nampak sempurna. Namun siapa sangka, kehidupan peribadi dan perjalanan seninya penuh dengan ‘kesakitan’. Dalam temu bual eksklusif ini, dia akhirnya mendedahkan segalanya... Nak tahu lebih lanjut? Kenalah dapatkan Cosmopolitan November 2018 sekarang, okey!

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness