COSMOPOLITAN MAC 2019 - PINK! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

COSMOPOLITAN MAC 2019 – PINK!

PINK BERI INSPIRASI TERHEBAT!

Who runs the world? GIRL! Sempena Hari Wanita Sedunia, Cosmo mahu bangkitkan semangat kamu untuk mencari #balanceforbetter untuk diri sendiri. Sebagai bantuan, kami tampilkan tiga personaliti wanita yang berjaya mengharungi cabaran hidup dan walaupun sudah mencipta nama, mereka kekal positif dan berusaha lebih gigih untuk menjadi lebih baik. Kenali dan selami rahsia kejayaan mereka untuk kamu jadikan inspirasi dalam hidup.

Wanita zaman kini adalah wanita luar biasa – serba boleh dan serba penat. Disebabkan itu wujudnya terma ‘superwoman’ dan ramai wanita menerimanya sebagai satu bentuk pujian. Tapi tahukah kamu ia tidak seindah yang disangka? Jika kamu sentiasa tertekan, kelesuan dan rasa kehilangan, mungkin kamu sudah terperangkap dalam Sindrom Superwoman. Pelajari cara tanganinya di halaman Cosmo Investigates, okey?

Pink tampil sebagai cover star istimewa bulan ini. Seorang selebriti yang cukup hebat dan inspiring, kata-kata yang keluar dari bibirnya rata-rata adalah nasihat yang sangat motivating. Baca temu bual eksklusifnya bersama Cosmo antaranya bagaimana dia mengekalkan perkahwinan agar lebih seksi. You’re welcome!

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness