Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan Fun Fearless Life 2017 Kembali Atas Sambutan Hangat!

Pertama sekali, Cosmo nak ucapkan terima kasih kepada Cosmoholics yang hadir memeriahkan Fun Fearless Life 2016 tahun lalu! Acara itu disifatkan sangat berjaya dan dihadiri oleh lebih 500 pembaca setia Cosmpolitan Malaysia. Spanks!

Ayda Jebat bakal berkongsi pengalaman dan kepakarannya

Tahun ini, Fun Fearless Life 2017 kembali lagi dan ramai pengunjung pada tahun lalu turut mengesahkan kehadiran mereka sekali lagi kali ini. Of course they really had fun last time. 

Nana Mahazan sebagai hos Fun Fearless Life 2017

Untuk tahun ini, ia bakal dibarisi dengan ramai selebriti dan personaliti hebat seperti selebriti popular Ayda Jebat, penata rias terkenal – Min Luna, Queen Of Fitness – Nana Al-Haleq, Didiyana Ehsan, Sarah Chen, Jesrina Arshad, Zaida Ibrahim dan Nana Mahazan selaku hos acara untuk dua tahun berturut-turut.

Min Luna

Berlansung pada 19 Ogos ini di The Westin, Kuala Lumpur bermula 9 AM – 4 PM, kesemua speaker ini akan berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing. Pelbagai aktiviti menarik akan berlansung sepanjang acara seperti sesi soal jawab, sesi bergambar dan bertukar pendapat. It’s gonna be very intimate and casual.

Nana Al-Haleq & Jesrina Arshad

Harga promosi tiket bermula serendah RM 20 seorang atau RM 30 untuk sepasang yang boleh dibeli bermula diantara 15 Jun – 15 Julai. Manakala harga akan meningkat kepada RM 25 seorang dan RM 40 sepasang selepas tarikh promosi ditutup. Tarikh akhir pembelian tiket ialah pada hari acara berlansung, 19 Ogos yang boleh dibeli secara walk in. 

 

Pembayaran yuran kemasukan boleh dibuat melalui laman portal Blu Inc Media seperti tertera di bawah:-

SOLD OUT*

Tiket tidak akan dijual di lokasi acara

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness