Cosmopolitan Editor's Beauty Picks 2018: Perawatan Wajah Terbaik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan Editor’s Beauty Picks 2018: Perawatan Wajah Terbaik

Perawatan Wajah Terbaik

Bagaimana jika kamu boleh rawat beberapa masalah kulit sekali gus? Tidaklah kamu perlu datang dua tiga kali untuk rawatan berbeza bukan? Di AsterSpring, Intense Hydra-Light Therapy menawarkan rawatan keseimbangan kulit untuk masalah seperti penuaan, sensitif, ton tak sekata, berminyak, jerawat untuk mengembalikan penghidratan serta seri wajah yang kamu impikan. Gabungan produk Dermalogica bersama teknologi LED Light bt-accent®  digunakan dalam Intense Hydra-Light Therapy AsterSpring  yang menggunakan gelombang warna berbeza untuk menembusi lapisan kulit pada kedalaman yang berbeza-beza untuk menyasar jenis kulit yang berbeza, memberikan pembaharuan kulit yang dipercepatkan  serta menampilkan kulit yang licin, lebih anjal dan berseri.

Cahaya Biru berfungsi mengurangkan bakteria dan kemerahan serta kerengsaan.

Cahaya Ungu membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan menggalakkan pembaharuan sel kulit.

Cahaya Merah menambah rangsangan dan penghasilan kolagen serta mengurangkan garis halus.

Gandingan teknologi terkini dan kepakaran ahli terapi AsterSpring akan membuatkan kamu dibuai ketenangan kerana setiap langkah perawatan memastikan kamu terasa selesa dan nyaman.

AsterSpring Intense Hydra-Light Therapy 90 minit, RM508

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru