Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan Editor’s Beauty Picks 2018: Maskara Terbaik

Maskara Terbaik

Apa yang kamu harapkan daripada maskara? Efek bulu mata panjang? Lebat? Berdefinisi? Tidak melekat atau mencomotkan? Yang ini lakukan semua itu dan lebih lagi. Hasilkan gaya mata seperti anak patung dengan maskara melebatkan, memanjangkan, tidak mudah comot serta kalis air! Dramatik atau natural, kedua-dua kesan ini mudah kamu capai dengan berus kon dwi-fungsi yang mempunyai hujung yang tirus untuk memastikan bulu mata tak melekat dan bahagian bawah berus yang bulat untuk kamu cipta maya. Tidak sehelai pun bulu mata ketinggalan dan mudah dilayangkan dari pangkal ke hujung untuk kesan ekstra panjang, ekstra lebat dan cukup menawan!

Cyber Colors Swan Lake Feather Tutu Magic Mascara, RM112.20

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru