Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan Editor’s Beauty Picks 2018: Lip Balm Terbaik

Lip Balm Terbaik

Bila bibir kering, kamu memang tak mahu bergincu kerana ia akan buat kekeringan serta kepingan kulit keras pada bibir lebih ketara. Tetapi kamu juga tak mahu bibir nampak pucat, kan? Kerana itulah Artist Hydrabloom menjadi pilihan Cosmo kerana sambil ia melembapkan bibir, ia turut menawarkan sedikit warna, cukup untuk naikkan seri wajahmu. Dirumus dengan asid hialuronik untuk melicin dan melembapkan bibir, lip balm ini sesuai sangat untuk kamu pakai di mana-mana. Ia bukan jenis lip balm yang melekit dan buat bibir kelihatan berminyak sebaliknya bibir nampak glowing dan sihat!

Make Up For Ever Artist Hydrabloom Hydrating Lip Balm, RM93

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru