Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmopolitan Editor’s Beauty Picks 2018: Gincu Liquid Terbaik

Gincu Liquid Terbaik

 

Ia bukan sahaja gincu, ia begitu versatil kamu boleh pakai pada pipi dan mata juga! Cosmo memang suka produk pelbagai fungsi seperti ini. Warnanya bila dioles pada bibir kelihatan sangat rata dan tak kering kerana ia dirumus dengan minyak sayuran untuk melembapkan serta emolien kelapa untuk melembutkan. Oleskan pada bibir untuk warna berseri, adun tiga titik pada pipi untuk kemekaran dan jika kamu ekstra eksperimental, oleskan juga pada kelopak mata untuk sentuhan warna lembut. Love!

Chanel Rouge Coco Lip Blush, RM127

 

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru