Cosmo X Dior - Selebriti Popular Hangatkan Parti Dior Parfums
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo X Dior – Selebriti Popular Hangatkan Parti Dior Parfums

Sempena dengan sambutan Hari Kekasih, Dior Parfums tampil dengan sebuah haruman yang direka untuk menghasilkan aplikasi wangian yang sensual serta kasual demi memuaskan keinginan untuk rangsangan sensorial segera dan menambah keseronokan ketika memakai wangian.

Cosmo bersama 10 selebriti popular menghadiri minum petang sempena pelancaran wangian Miss Dior Roller-Pearl di Hotel The Ritz Carlton pada 6 Februari lalu. Acara itu dimeriahkan juga dengan beberapa personaliti popular Instagram. Antara yang hadir termasuklah Puteri Aishah, Afifah Nasir, Emma Shazleen, Naddy Zamani, Intan Najuwa, Ramona ZamZam, Ainul Aishah dan ramai lagi.

Dior tampil dengan dua wangian Miss Dior Absolutely Blooming dan Miss Dior Blooming Bouquet dengan botol mini yang sangat sesuai dibawa ketika travel. Bukan sahaja rekaannya yang menarik, ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah buat kekasih ataupun bff kamu.

Prev1 of 14
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness