Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 6)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto:INGimage.com

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Terlepas Sudah…

“Saya ada tabiat buruk menahan kencing terutamanya bila sibuk buat kerja. Ada kalanya seharian saya tak ke tandas dan ada kalanya terlupa sehingga dah pulang ke rumah. Minggu lepas saya belajar dari kesilapan ini. Dek kerana menahan kencing, saya tak sempat ke tandas bila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Saya cuba berhenti di  stesen minyak tapi keluar saja dari kereta, kencing mengalir tanpa sedar. Habis seluar basah! Bila teman serumah tanya apa jadi, saya kata air mineral tertumpah semasa memandu.” – Amalina, 22

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor