Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 5)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: INGimage.com

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sneaky Sneaky

“Semasa masih belajar di kolej, saya tinggal di rumah nenek kerana dekat dengan kampus. Setiap malam nenek akan tidur jam 9 malam. Sejam selepas nenek masuk tidur, saya akan curi-curi keluar dengan BFF ke kelab malam. Kami tahu nenek akan bangun jam tiga pagi untuk ke tandas kerana itu dah jadi rutinnya. Jadi, kami pastikan kami balik sebelum waktu itu. Satu malam kami terlalu leka melepak di mamak selepas clubbing dan tak sedar jam dah pukul empat pagi. Sampai depan pagar rumah saya nampak kereta polis. Rupanya nenek panik lihat saya tidak ada di dalam bilik dan terus telefon polis! Terpaksa tipu sunat katakan tertidur di rumah kawan semasa sibuk buat ulang kaji. Nasib baik tak pakai dress penuh labuci penuh malam tu. Phew!” – Jessy, 19

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor