Cosmo Confessions (Bahagian 5) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 5)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: INGimage.com

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Si Pelik

“Saya berkongsi rumah dengan beberapa teman perempuan. Baru-baru ni ada teman serumah baru yang agak pelik perangainya. Dia suka sangat cakap kuat dan pasang muzik sekuat-kuatnya bila di rumah. Bila kami ramai-ramai di dapur memasak, dia tak membantu pun tapi bila nak makan, dialah orang pertama yang duduk di meja. Dek kerana geram dengan sikapnya yang selfish, saya dan seorang teman serumah sorok berus giginya. Kami ingatkan pasti dia terus beli yang baru. Rupa-rupanya rancangan kami tak menjadi kerana setelah seminggu, dia masih tak beli berus gigi baru. Adakah maksudnya dia curi-curi pakai kami punya, atau tak berus gigi langsung? Oh tidak!” – Sherry, 20

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor