Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 4)

Pembaca Cosmo kongsi pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Nick Onken

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. “Minggu lepas teman sepejabat dapat tiket percuma untuk menonton filem kegemaran saya di pawagam. Walaupun dah janji dengan teman lelaki hendak pergi menonton bersama, saya begitu teruja dan buat keputusan ikut teman sepejabat menonton tayangan perdana filem tersebut. Tak sangka filem itu hampir tiga jam lamanya. Teman lelaki pula asyik telefon. Sejurus habis filem itu, saya telefon teman lelaki balik dan katakan saya tak sihat dan pulang awal untuk tidur di rumah. Rupa-rupanya si dia nak beritahu yang dia sudah pun beli tiket filem itu untuk kami tonton bersama. Tak sanggup nak kecilkan hatinya, saya pergi menonton filem tersebut lagi sekali malam itu. Nasib baik saya memang sukakan jalan ceritanya.” – Natasha, 32

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor