Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 4)

Pembaca Cosmo kongsi pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Nick Onken

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1.”Suami saya memang seorang yang suka bersukan. Semasa kami baru berjumpa beberapa tahun lalu, saya juga fanatik bersukan. Bagi saya ia cuma satu fasa tapi untuk suami, ia memang gaya hidupnya. Selang dua hari suami akan pergi ke gim selepas kerja. Saya juga akan beritahu suami yang saya akan ke gim kegemaran di belakang pejabat. Tetapi sebenarnya, saya akan pergi minum petang sambil makan kek dan lepak dengan BFF. Sejam sebelum suami pulang saya akan cepat-cepat pulang ke rumah dan mandi. Jadi, suami akan ingatkan yang saya dah balik lebih awal dari gim dan mandi. Baju gim juga saya akan cuci kerana takut rahsia terbongkar. Ada juga terfikir nak beritahu suami kes sebenar, tapi…bagaimana dengan date saya bersama kek dan teman baik nanti!” – Seri, 28

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor