Cosmo Confessions (Bahagian 22) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 22)

Cosmo Confessions (Bahagian 22)

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.
Cosmo Confessions (Bahagian 22)

Foto: Shutterstock.com

Baju Terbalik

“Hari itu saya sedang ditemu duga untuk jawatan idaman di salah sebuah syarikat majalah popular. Sebaik melangkah masuk ke bilik, ada yang menegur, ‘Ummm, baju you terbalik.’ Aduh, merah padam muka saya menahan malu dan pastinya saya beri first impression yang tak bagus.” Aqilah, 22

Terlalu Cuai

“Saat bercuti di Krabi, saya menyewa motosikal untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di pulau itu. Ketika sedang parkir motosikal di sebuah restoran, dengan tak sengajanya saya tersenggol motosikal sebelah dan semua motor terjatuh seperti domino. Alamak, perlu kena ganti semua ni? Malu bercampur gerun.” Nadira, 26

Habis Tersembur!

“Ketika first date, saya tak sangka jejaka yang saya date ini jenis suka melawak hingga saya tersembur makanan ke wajahnya dek kerana tergelak sakan. Muka dia berubah tapi masih control cool. Sorry.” Anne, 21

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor