Cosmo Confessions (Bahagian 21) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 21)

Cosmo Confessions (Bahagian 21)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Shutterstock.com

Pakaian Dalam Selalu Hilang…

“Saya ada kembar seiras. Setiap kali malas basuh baju, saya akan menyelinap masuk ke biliknya dan curi pakai panties dan bra miliknya. Dia pula akan merungut sebab banyak pakaian dalamnya hilang, tapi saya cuma berdiam diri saja. Why not? Saiz kami sama! Itulah kelebihan kembar.” – Jessica, 24

…Dan Rupa-rupanya?

“Dan…setiap kali saya tanya pada kembar, ‘Jess, kamu ada terambil seluar dalam dan bra saya?’ jawabnya tanpa rasa bersalah, ‘Tak’. Dia nafikan! Sekarang saya tahu di mana lubuk simpanan baju, wangian, bra dan seluar dalam saya.” – Jestina, 24

Pengakuan Selebriti

“Saya dan keluarga pergi bercuti dan memilih untuk road trip. Ketika dalam perjalanan, kami berhenti seketika untuk ke tandas. Sedang syok ‘membuang’, tiba-tiba seekor lipas muncul lalu terbang bertempiaran dan kerana terlalu takut, saya menjerit sekuat hati dan keluar tanpa sempat sarungkan seluar! Seluruh keluarga saya menyaksikan momen itu dan yang pasti, sehingga hari ini mereka tergelak besar bila teringatkan insiden itu. Memalukan!” – Michelle Defraites, pelakon 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor