Cosmo Confessions (Bahagian 20) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 20)

Cosmo Confessions (Bahagian 20)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 20)

Foto: Shutterstock.com

Basah Kuyup

“Pagi itu saya merancang keluar brunch dengan jejaka yang disukai. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya dan saya basah lencun. Bila tiba di pintu restoran, semua mata tertumpu pada saya. Saya terus ke tandas dan menyedari warna rambut saya luntur dan terkena pada baju kuning terang yang saya pakai. Tanpa berfikir panjang, saya batalkan pertemuan dengan jejaka tersebut. Dalam hati saya menyumpah, ‘kenapalah tak bawa payung!’” – Marina, 24

Mulut Lancang

“Sebelum bertemu klien, teman sepejabat ada beritahu yang klien berpotensi ini baru saja bernikah. Pada hari kami berjumpa, saya ternampak perut klien sedikit buncit. Laju saja mulut mengucapkan tahniah padanya. Mukanya berubah dan nampak berang. Kami berdiskusi dengan wajah ketatnya (nampak macam tengah marah). Oppss… Selamat tinggal potential client.” – Maliha, 30

Terjatuh Cinta

“Suatu petang saya diajak teman baik makan di sebuah kafe. Dia turut mengajak crush-nya join sekali. Tak sangka kami (saya dan jejaka itu) berbual rancak sambil bertukar-tukar pendapat dan idea. Sejak hari itu, setiap hari jejaka itu bermesej dengan saya. Namun hingga saat ini saya merahsiakan hubungan kami yang semakin rapat. Tak sanggup kecilkan hati teman baik sendiri.” – Puteri, 27

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor