Cosmo Confessions (Bahagian 19) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 19)

Cosmo Confessions (Bahagian 19)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 19)

Foto: Shutterstock.com

Cinta Monyet

“Saya mempunyai teman baik (lelaki) sewaktu berusia 17 tahun dan kami pernah berjanji untuk berkahwin jika tak jumpa pasangan serasi bila mencecah usia 30. Kemudian kami lost contact namun baru-baru ini kami terserempak dan dia menuntut janji tersebut. Seriously? Tolong!” – Zaza, 30

Tak Tahan Punya Pasal

“Sewaktu sesi blind date, jejaka kacak di depan saya luahkan yang dia tak gemar orang bercakap hingga tersembur air liur. Saya faham. Siapa yang suka, betul tak? Semuanya berjalan lancar hinggalah kejadian dia buat lawak ketika mulut saya penuh. Sisa makanan yang tak sempat ditelan tersembur pada wajahnya. Uh-oh. Siapa suruh buat lawak?” – Suhaila, 28

Pengakuan Jejaka

“Pelik tapi benar! Saya tertarik secara seksual bila seseorang wanita menggayakan kostum badut. Saya rasa dia nampak seksi. Jangan judge okey!” – Kaled, 29

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor