Cosmo Confessions (Bahagian 18) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 21)

Cosmo Confessions (Bahagian 18)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 21)

Foto: Shutterstock.com

 

Kerana Terlalu Asyik…

“Waktu itu saya sedang snorkeling di Pulau Perhentian. Sedang asyik snorkeling, saya perhatikan seorang wanita ini asyik marah-marah. Tiba di persisiran pantai, wanita tersebut datang ke arah saya dan beritahu yang fins saya terkena badannya berulang kali. Patutlah dia bengang. Tak perasan kak, maaf ya.” – Asmidar, 22

 

Free Show

“Selesai latihan Muay Thai, saya duduk sambil minum air kerana keletihan. Ketika itu saya lihat beberapa jejaka sedang berbisik dan mentertawakan saya. Pada awalnya saya okey. Tapi, makin lama gelak mereka semakin kuat. Saya tak puas hati dan bertanya kepada mereka. Jawab mereka, ‘Hari ini you pakai seluar dalam jingga ke?’ Oh my, merah padam muka saya. Saya tutup bahagian bawah dengan beg sandang dan terus lari.” – Farinah, 25

 

Nasib Malang!

“Stiletto lima inci saya tersangkut di eskalator ketika keluar makan tengah hari di sebuah mall. Saya cuba sekuat hati mencabut tumit, tetapi gagal malah seluar pula terkoyak dek terlalu ganas. Akhirnya, saya berkaki ayam dan berseluar koyak di dalam mall.” – Aina Safiah, 28

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor