Cosmo Confessions (Bahagian 17) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 17)

Cosmo Confessions (Bahagian 17)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

 

Cosmo Confessions (Bahagian 17)

Foto: Shutterstock.com

 

Tak Sedap Badan

“Saya rasa seperti nak demam tapi demi teman baik, saya gagahkan juga diri untuk hadir ke parti hari jadinya. Sebaik tiba, saya mula berasa loya dan muzik yang terlalu kuat buatkan kepala saya bertambah pening. Cepat-cepat saya berlari ke bilik air tapi malangnya, ramai pula tetamu beratur untuk gunakan tandas. Tanpa sedar, saya menoleh ke arah tingkap dan muntah dari tingkat atas. Bila turun, saya lihat dua tetamu sedang lap badan mereka kerana terkena percikan muntah tadi. Harap mereka maafkan saya.” – Adina, 24

 

Bendera Merah

“Period saya datang awal dari waktu yang dijangkakan. ‘Bocor’ pula ketika dalam kelas dan saya bertanya pada teman sebelah jika dia ada pad. Dari belakang hingga ke depan ditanya, akhirnya ada teman yang bawa. Sebelum keluar, saya ikat jaket di pinggang dan sempat ‘melambai-lambai’ pad di udara dan berkata, ‘I have to take care of some business. I’ll be back!’ Satu kelas tergelak. Dalam fikiran saya, lebih baik melawak daripada malu-malu keluar dengan baju yang ada kesan darah. Tapi nasib baiklah semuanya perempuan!” – Rachel, 21

 

Pengakuan Selebriti:

“Teman serumah saya selalu pinjam barang tanpa izin. Bengang saya dibuatnya! Bila dia pindah keluar, dia tertinggal steamer pakaian. Selang beberapa hari kemudian, dia menghubungi saya dan bertanya, ‘Hey, steamer baju saya ada tertinggal di rumah tak?’ Dan…terus saja saya menjawab, ‘Tak ada pun!’ Tak salah, kan? Sebab dia suka pakai barang saya tanpa minta izin.” – Gabrielle Ruiz, pelakon komedi

Image result for gabrielle ruiz

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor