Cosmo Confessions (Bahagian 16) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 16)

Cosmo Confessions (Bahagian 16)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 16)

Foto: Shutterstock.com

Ketiak Berbau

“Ketika mesyuarat, saya tak keruan kerana terhidu bau badan sendiri dan mengaku di hadapan rakan sepejabat. Mereka juga sependapat! Keyakinan diri jatuh menjunam. Cepat-cepat saya ke tandas dan lap bawah lengan menggunakan tisu basah dan menyapu hand sanitizer. Seharian saya terpaksa jauhkan diri daripada teman kerana takut mereka terhidu bau tak menyenangkan.”  Izni, 27

 

Jejaka Pengotor

“Masih segar dalam ingatan ketika blind date dengan jejaka yang dikenali melalui Tinder, dia mengaku tak suka basuh tangan atau apa saja yang berkaitan dengan tangan. Dalam erti kata lain, dia pengotor! Tanpa fikir panjang, saya minta diri ke tandas dan tak kembali. Selepas insiden tersebut, I don’t fancy blind date anymore!” – Melly, 22

 

Bukan Menantu Pilihan

“Ketika hadir ke majlis rumah terbuka di rumah agam teman lelaki, tanpa sengaja saya tertumpahkan minuman di atas sofa milik ibunya yang bernilai puluhan ribu. Berpuluh kali saya minta maaf dan katakan yang saya tak sengaja tapi hingga habis majlis ibunya masih bermasam muka dan tak menegur saya. Mungkin saya sudah tersingkir daripada senarai calon menantunya? Hmm…” – Hanim, 27

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor