Cosmo Confessions (Bahagian 15) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cosmo Confessions (Bahagian 15)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

 

Foto: Shutterstock.com

 

Sudah Berpunya

“Saya berkenalan dengan seorang jejaka di parti BFF. Kami bertukar nombor telefon dan si dia follow saya di Instagram. Hati mula berbunga-bunga! Saya menjemputnya ke parti hari jadi adik saya yang diadakan pada hujung minggu tersebut. Tanpa disangka, dia hadir bersama wanita lain dan siap minta tolong saya ambilkan gambar mereka kerana wanita tersebut sukakan dekor parti. Seriously?” – Carolina, 26

 

Salah Sangka

“Ketika bersantai bersama teman-teman di mall, ada jejaka kacak datang menegur dan minta nombor telefon. Si dia nampak baik, jadi saya terfikir apa salahnya. Seminggu kemudian kekasih saya berkongsi link YouTube. Rupanya jejaka tersebut adalah vlogger popular yang memiliki 200 ribu pengikut di akaun YouTube miliknya. Tak fasal-fasal saya dan kekasih bergaduh berbesar kerana dikatakan curang. Erghhh!” – Maggie, 22

 

Mangsa Rambut Palsu

“Sebelum tidur saya perasan salah satu extension rambut terjatuh tapi tak mampu bergerak kerana terlalu mengantuk. Keesokan hari, saya lihat ada rambut pada mulut Bell (kucing peliharaan) dan segera bawanya ke klinik haiwan. Setelah diperiksa, Bell alami cirit-birit kerana tertelan rambut palsu saya. Alamak!” – Ariana, 23

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor