Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 14)

Cosmo Confessions (Bahagian 14)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 14)

Foto: Shutterstock.com

Kantoi!

“Selesai makan malam di restoran kegemaran bersama jejaka baru dikenali, si dia minta diri ke tandas. Sambil menunggu, saya menghabiskan waktu dengan menonton video di Snapchat. Tiba-tiba terasa nak lihat feed si dia. Asyik scrolling, saya tak sedar si dia sudah kembali sehinggalah terdengar pertanyaan, ‘Hmm, seronok stalk?’ Uh-oh!” – Nadine, 24

 

Kisah Bakal Mentua

“Kami baru saja bercinta selama dua minggu tapi si dia sudah mengajak saya ke majlis perkahwinan kakaknya. Setiba di majlis tersebut, si ibu bertanya adakah saya sudah bersedia untuk hidup berumah tangga? Saya cemas lalu membalas, ‘ya!’ Muka ibunya bertukar cuak dan bertanya, ‘Kenapa cepat sangat?!’. Oops, saya salah cakap ke?” – Merlisa, 23

 

Bila Perut Buat Hal

“Ketika mesyuarat di pejabat, tiba-tiba perut saya memulas dan rasa ingin buang angin. Saya berusaha menahannya hingga hilang fokus. Saya fikir saya sudah berjaya, ternyata saya silap. Perlahan-lahan saya bangun keluar bilik mesyuarat sebelum yang lain mula terhidu bau ‘toksik’.” – Agnes, 26

 

Skirt Terselak

“Saya pernah menjadi pelayan sebuah restoran mewah tapi pengalaman ketika itu memalukan. Sewaktu menghantar makanan pada pelanggan di bahagian terrace restoran, angin bertiup kencang. Terselak skirt saya hingga menampakkan seluar dalam! Pelanggan di depan saya pula hanya tergelak. Ada ke patut?” – Jessy, 25

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor