Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 13)

Cosmo Confessions (Bahagian 13)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Cosmo Confessions (Bahagian 13)

Foto: Shutterstock.com

 

Oh, Mahkotaku!

“Seronok menyambut parti ulang tahun saya ke-25, saya tak perasan yang hujung rambut terbakar ketika meniup lilin. Untung ada teman yang tolong padam api. Tapi waktu itu saya dah menjerit macam orang gila. Malu sekejap!” – Tara, 26

 

Berpeluh Sakan

“Pengajaran yang nak kongsi dengan pembaca Cosmo adalah jangan lambat bila ada mesyuarat. Saya lambat hadir kerana berbasikal ke pejabat (saya sokong kempen car free anjuran bos waktu itu). Akibatnya, baju saya basah lencun dengan peluh dan mestilah majikan dan rakan sekerja terasa geli. Terpaksa saya keringkan baju dalam tandas dengan hand dryer. Kalau tak semua lari bila nampak saya.” – Oktavia, 27

 

Pengasuh Tak Bertauliah

“Saya sukakan baby dan jadi orang kepercayaan kakak untuk jaga anaknya. Semuanya okey hingga tiba waktu mandi, anak saudara saya tertelan air sabun (mungkin seronok nak cuba). Terkejut dan pucat muka saya kerana takut apa-apa terjadi pada si kecil ini. Tambah pelik,dia asyik sedu-sedu dengan buih keluar di mulutnya. Nasib si kecil ini masih boleh belum bercakap. Mestilah kakak saya tak tahu!” – Darlina, 23

 

Salah Kopi

“Ketika di Starbucks, saya ambil minuman yang telah siap kerana menyangka ia milik saya. Selepas beberapa hirup, saya rasa ia bukan kopi saya dan letak kembali di kaunter menunggu minuman. Pemilik kopi itu datang dan ambil kopinya, saya ternganga dan tak cakap apa-apa. Ampun!!!” – Haliza, 24

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor