Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 12)

Cosmo Confessions (Bahagian 12)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Shutterstock.com

Oh, Kuku!

“Saya nak kagumkan jejaka baru dikenali ketika janji temu pertama kami. Dengan yakin, saya lekatkan kuku palsu (sebab tak sempat buat rawatan mani pedi). Ketika sedang makan malam, kuku saya asyik tertanggal dan saya pula tak senang duduk. Tiba-tiba dia berkata, ‘Saya rasa awak tak perlukan kuku palsu.’ Terkedu dibuatnya dan sejak itu, saya tak pernah dengar khabar daripadanya.” – Anissa, 19

 

Tersilap Langkah

“Saya masih ragu-ragu dengan jejaka yang baru dikenali tiga bulan lalu dan sering bawa BFF bila kami keluar bersama. Satu hari, saya bertekad untuk keluar berdua dengannya dan ketika sedang asyik menikmati hidangan, si dia berkata, ‘Sebenarnya I minat sangat dengan BFF you.’ Saya pun apa lagi, terus bangun dan campak air pada wajahnya. Padan muka!” – Elina, 26

 

Oops!

“Bila berjauhan, saya dan suami suka hantar video nakal yang saya rakam di Snapchat. Malangnya, tanpa sedar saya terkongsi di Snapchat Story. Lebih teruk, bos saya ada dalam senarai rakan Snapchat saya. Malu betul.” – Natasha, 25

 

Menyerupai Hantu

“Saya memang rajin berpupur di rumah. Satu malam, saya lakukan rutin itu seperti biasa, yang lainnya pupur saya kali ini berwarna hitam. Hmm, nampaknya ia menakutkan sehingga penghantar piza menjerit di depan pintu. Nasib baik piza saya tak tercampak.” – Mariah, 24

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor