Cosmo Confessions (Bahagian 11) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo Confessions (Bahagian 11)

Cosmo Confessions (Bahagian 11)

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Shutterstock.com

 

Pengalaman Memalukan

“Di parti hari jadi teman baik, saya gayakan maxi dress hitam dan kasut tumit tinggi lima inci. Keyakinan saya menebal namun sebaik saja sampai di kafe, saya terjatuh di depan orang ramai kerana tak dapat imbangi badan dengan baik. Aduh, malunya!” – Raissa, 27

 

Seluar Koyak

“Kejadian memalukan ini berlaku setelah tamat kelas aerobik. Sedang saya sejukkan badan dan berehat, tiba-tiba ada teman sekelas menegur, ‘Eh, leggings you koyaklah.’ Muka saya merah padam tapi tetap control cool. ‘Tak apa, saya tahu,” beritahu saya walaupun sebenarnya saya langsung tak sedar. Selepas dia berlalu pergi pergi, cepat-cepat saya berlari ke tandas!” – Sherina, 22

 

Silap Orang

“Saya sedang menunggu seorang rakan di luar bilik air. Bila ternampak bayangnya, terus saya geletek dari belakang. Yang peliknya, teman saya tak ketawa malah menjerit dengan kuat. Bila saya lihat wajahnya, oops, tersalah orang rupanya! Maaf ya senior.” – Adini, 20

 

Kisah Si Rabun

“Saya rabun dan malas pakai cermin mata atau kanta lekap kerana rasa ia menyusahkan. Ketika sedang window shopping di pusat beli-belah, saya ternampak seorang jejaka mirip BFF saya. Apa lagi, saya pun menjerit namanya sekuat hati sambil berjalan laju ke arah jejaka tersebut dan menepuk bahunya. Sangkaan saya meleset, rupanya itu orang lain.” – Vennesa, 26

 

Secret Admirer

“Ketika sedang seronok stalk Instagram jejaka yang dah lama saya minat sejak zaman sekolah, tanpa sedar saya terbelek gambar si dia hingga ke feed yang ke-120 minggu. Yup, I was too curious about him! Tanpa sengaja, saya ‘like’ gambarnya yang sudah lama. OMG! Pasti dia dapat notification walaupun saya dah cepat-cepat unlike. Memalukan!” – Marsha, 24

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor