Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmo-Confessions-(Bahagian-10)

Cosmo Confessions (Bahagian 10)

Pembaca Cosmo kongsikan pengakuan nakal dan memalukan yang pernah dialami.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Syok Sendiri

“Musykil bila mendengar cerita cinta teman sepejabat, mungkin saya tak suka orang yang suka cakap besar (ada kalanya tak masuk akal ceritanya, mengalahkan bercinta dengan putera raja.) Satu hari sejambak bunga tiba di mejanya, saya dan rakan sekerja merasakan dia saja buat ‘drama’ dengan menghantar bunga kepada diri sendiri. Sedang kami curi-curi baca kad di jambangan bunga, tiba-tiba kami disergah tuan punya badan. Oops, sorry.” – Zafirah, 25

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor