Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cloud Eggs: Trend Sarapan Terkini Di Instagram

Dah apa pula yang tak kena dengan scramble eggs biasa?

Foto: Instagram/pho2u + ketoliciousness

Kamu baru saja master teknik masak poached egg, kini muncul pula trend baru iaitu cloud eggs. CLOUD EGGS?

Nampaknya inilah masa untuk ucapkan selamat tinggal kepada telur hancur/goreng/poached klasik dan beri laluan kepada teknik terbaru yang sedang hangat di Instagram ini.

#cloudeggs #eggs on #toast for #lunch #foodporn #trendyfood #eggsinacloud

A post shared by gemma williams (@imagegems) on

Just made some cloud eggs, well worth a go.#cloudeggs.

A post shared by Heart And Soul (@heartandsoulfurniturenz) on

Ia dipanggil cloud eggs, dan dibuat dengan memisahkan telur putih dan kuning, kemudian telur putih dipukul sehingga kembang dan kental. Ia kemudian dibakar dalam ketuhar (eh?) selama lima minit, telur kuning diletakkan ke atas telur kuning, dan sambung bakar sehingga masak.

Dari situlah terhasilnya nama cloud eggs, kerana ia kelihatan seperti matahari keluar di sebalik awan.

Ia kini sedang menguasai Instagram dan telah dihashtagged beratus kali. Ramai yang berkongsi hasil ciptaan mereka dan memberitahu betapa enaknya hidangan tersebut.

Ada yang berkongsi: “Saya masak telur yang rupanya seperti awan, dan sedap!”, dan seorang lagi menambah: “Masak cloud eggs sekali lagi semalam… Definitely my new favourite thing!”

Mungkin kamu nak cuba untuk sarapan esok?

#cloudeggs #breakfast

A post shared by Reynolds Mansion (@reynoldsmansion) on

 

Artikel asal: Dusty Baxter-Wright (cosmopolitan.co.uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor