Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ciri-ciri Wanita Idaman Lelaki

“Be crazy in a way that works nicely with my crazy.” Adakah kamu yang si dia idamkan? Ketahui ciri wife material yang jejaka idamkan selama ini.

40820528_l

 

Kebanyakan hubungan adalah tentang mencuba beberapa perkara dan mengenal pasti apa yang kamu suka dan perlukan daripada pasanganmu, seperti membuat list of qualities yang kamu harap pasangan kamu miliki. Dalam Ask Reddit Thread yang terbaru, 15 jejaka telah disoal tentang ciri wife material yang mereka idamkan daripada pasangan mereka. Jawapan yang mereka beri sangat cute. Tak percaya? Jom ikut Cosmo baca lebih lanjut.

 

1) “Isteri saya, semasa kami belum berumahtangga, dia memberitahu sesuatu yang tidak akan saya lupakan. Trying not to love you is like trying not to be hungry.Ia merupakan perkara paling bermakna yang pernah diucapkan kepada saya dan membuatkan saya rasakan dia sangat committed dan setia. Dia juga selalunya akan menanggalkan stokin saya dengan jari kakinya.” Comel bukan? – Anastik

 

2) “Kepercayaan, berinteraksi, kesesuaian dari segi seksual, kemaafan dan juga sedikit common interests adalah perkara yang menjadikan perkahwinan itu satu perkahwinan yang baik. Sumber: Saya telah berumahtangga dengan bahagia selama hampir 20 tahun sekarang.” – Drumlin

 

3) “Integrity.” – roscillator

 

Edward_and_Bella_Wedding_Album_Pix_-_edited_(5)

 

4) “Makes her garlic bread crisp but not burnt.” – ima-weezal

 

5) “Saya tahu saya dah berjumpa dengan isteri saya apabila saya sentiasa tidak puas untuk bercakap dengannya – apabila kami berbual, saya sentiasa mahu berbual lagi. Oh, dan dia sangat cantik, kami sexually compatible dan banyak benda baik lain yang terjadi pada kami. Tetapi, betapa kami tidak puas untuk berbual dengan satu sama lain yang membuatkan saya makin sayang.” – SafetyDanceInMyPants

 

6) “Bagi saya, salah satu perkara yang sangat penting adalah si dia perlu mempunyai sense of humor yang sama. Jika si dia tidak ketawa dengan perkara yang membuatkan saya ketawa, jadi dia mungkin bukan wife material yang saya idamkan.” – -eDgAr-

 

Wedding_edward_and_bella

 

7) “Keupayaan untuk tidak membuat apa-apa dan okay dengannya. Saya dan isteri boleh spend time pada hari Sabtu di rumah sahaja tanpa ke mana-mana selama berjam lamanya tanpa berbuat apa-apa.” – Blueberryhazelnut

 

8) “Wife material = seorang teman karib yang saya tertarik secara fizikal.” – zoso471

 

9) “Dia mempunyai minatnya yang tersendiri dan dia sangat passionate” – DeaArthur

 

10) “Berbau harum. Be crazy in a way that works nicely with my crazy. Itu yang saya idamkan.” – open_door_policy

 

ROBERT PATTINSON and KRISTEN STEWART star in THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN-PART 1

 

11) “Masing-masing hidup at the same pace. Seperti kedua-duanya mahukan perkara yang sama dalam hidup.” – HookerTeeth

 

12) “Saya akan melihat jenis hubungan yang si dia ada dan dengan siapa si dia pilih untuk berada di dalam hidupnya. Jika saya mahukan hubungan yang kukuh dan tahan lama dengannya, saya mahu lihat jika si dia mampu lakukan perkara yang sama dengan keluarga, rakan mahupun teman sekerja.” – HighKingFingolfin

 

13) “Sense of humor yang hebat, boleh berdikari dan mempunyai matlamat, boleh diajak berbual serta proaktif dari segi seksual. Basically, sesiapa sahaja yang kamu masih mahu bersama selepas mengadakan hubungan seksual. Jika kamu boleh menjadi teman karib dengannya semasa non-sexy times, si dia adalah a keeper.” – Graphitetshirt

 

Twilight-Breaking-Dawn-Wedding-Dress-Kristen-Stewart

 

14) “Si dia jujur, bersikap terbuka, open-minded, sentiasa mahu explore hidup dan segala yang hidup ini mampu berikan. Si dia juga harus pandai bergaul dengan rakan dan juga keluarga saya, dan saya juga sama. Jika si dia tidak boleh melakukannya, hubungan ini tidak akan berjalan lancar.” – OperationJack

 

15) “Keupayaan untuk membantu kamu menggaru belakangmu di tempat yang tangan kamu tak mampu nak capai walau sesusah mana kamu cuba.Nivlik

 

Foto: Google,123rf.cm/Artikel asal: Hannah Smothers

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor