Cipta Suasana Kerja Yang Bijak
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
businesswoman

Cipta Suasana Kerja Yang Bijak

Sedikit makeover pada ruang kerja kamu mampu mengubah mood daripada biasa-biasa-saja kepada let’s-do-this!

businesswoman

 

1. Perkara pertama kamu kena buat bila masuk ke pejabat adalah kemas meja kerja. Ruang yang berserabut takkan membantu kamu peroleh idea yang segar. Lap sendiri meja yang berhabuk. Tambah sedikit sentuhan peribadi seperti foto keluarga atau magnet dari negara luar, sebagai peringatan pada memori yang kamu peroleh ketika melancong atau ingin ke lokasi tersebut.

 

2. Latih diri supaya lebih teratur. Gunakan sistem yang kamu sendiri fahami untuk fail masuk dan keluar, mana yang perlu didahulukan perlulah diletakkan dekat dengan kamu supaya tidak lupa pula nanti. Untuk mudahkan kamu, buat senarai perlu buat pada sticky note dalam komputer, atau latih minda untuk ingat apa perlu dilakukan untuk hari itu.

 

3. Bila diberikan tugasan, pastikan kamu tanya habis-habis pada peringkat awal, sebelum meneruskan projek. Jika ada persoalan yang masih belum terjawab kerana pihak lain perlukan masa, jangan lupa untuk follow-up dengan mereka sama ada menerusi e-mel atau telefon terus. Lebih banyak perincian tugas yang kamu tahu, kerja kamu akan jadi lebih lancar.

 

4. Jangan lupa back-up! Jadikan ‘tekan butang Save’ sebagai satu tabiat terutama bila perlu menaip surat penting atau kertas cadangan projek yang banyak halaman. Kerana malang itu tidak berbau ya… Dan tiada siapa suka buat kerja dua kali.

 

5. Sediakan buku atau fail khas dalam komputer untuk menulis setiap pencapaian yang kamu dah buat:

  • Bila kamu perlu kendalikan projek lain, kamu boleh rujuk semula buku dan fail itu untuk dapatkan penyelesaian yang lebih baik.
  • Bawa nota itu bila musim appraisal menjelma. Jadi tiada alasan untuk bos tidak menaikkan pangkat atau gajimu tahun ini!

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor