Cipta Kanvas Wajah Sempurna - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cipta Kanvas Wajah Sempurna

Mudahnya untuk dapatkan kulit cantik sekarang kerana these skin loving primers dan base boleh kamu pakai sendirian untuk kulit yang kelihatan segar, licin, berseri atau sebagai kanvas solekan untuk membantu menyerlahkan lagi efek serta ketahanannya.

 

Kuning menambah warm glow kepada kulit yang pucat dan membantu menyamar bayangan lebam bawah mata dan juga menuetralkan kemerahan.

Merah samar, pic dan jingga menutup lingkaran gelap bawah mata, urat-urat yang jelas dan bintik-bintik pada wajah. Jika kulitmu lebih gelap, cuba jingga berbanding merah samar dan pic yang lebih sesuai untuk kulit cerah ke medium.

Hijau menuetralkan kemerahan pada kulit yang disebabkan oleh jerawat, kapilari darah atau rosacea.

Ungu seimbangkan kekusaman dan juga kulit yang kelihatan kekuningan.

 

  1. Becca First Light Priming Filter, RM179
  2. SK-II Atmosphere CC Cream, RM299
  3. Mon Cheri Lumière Complexion & Pore Refiner, RM110
  4. Erborian BB Crème Au Ginseng, RM172
  5. Sephora Beauty Amplifier Perfecting Glow Primer, RM59
  6. Make Up For Ever Ultra HD Skin Booster, RM175
  7. It Cosmetics Bye Bye Pores Primer, RM160
  8. Urban Decay Optical IllusionComplexion Primer, RM135

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru