Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cipta Babak Intim Dari Filem Hollywood Hangat

Lights, camera, action! Tiba masa untuk kamu cipta semula babak seks ikonik filem Hollywood bersama suami kamu. Tidak perlu tersipu malu menontonnya lagi! 

The Notebook

Kenapa ia hangat? Tak perlu nak jelaskan panjang lebar kenapa babak seks antara pelakon kacak Ryan Gosling ini such a turn on. Bayangkan sebegini: Tujuh tahun menunggu dengan penuh rasa terseksa, Rachel dan Ryan yang sudah berjambang akhirnya memadu asmara dalam babak yang cukup seksi. Ryan menolak Rachel ke dinding, menanggalkan pakaiannya dengan gelojoh dan terus mendukungnya ke bilik tidur untuk meneruskan ‘aksi’ di sana.

Cipta semula: Quickie ketika masih berpakaian

Kuncinya adalah fast and furious. Biarkan sesi bercumbu dan setiap sentuhan dilakukan secara kasar sebaik saja kamu dan suami masuk ke rumah. Tak perlu buka kasut tumit tinggi kamu dan lakukannya ketika kamu masih berpakaian.

 

sex-love-life-2014-12-titanic-1-main

Titanic

Kenapa ia hangat? Rose lakonan kate Winslet jatuh cinta pandang pertama dengan pelukis hebat yang miskin. Selepas Kate menanggalkan pakaiannya untuk Jack melukis gambar tubuhnya, kedua-dua anak  muda berjiwa ‘gila-gila’ ini berlari ke dalam sebuah kereta kosong di mana mereka memadu asmara dengan begitu hangat sehingga cermin kereta berkabus. Apatah lagi mereka tahu boleh tertangkap menjadikan sesi asmara itu satu pengalaman yang cukup erotik!

Cipta semula: Seks dalam kereta

Tak perlu pun naik kapal pelayaran untuk cipta babak ini, hanya letakkan kenderaan kamu di tempat yang selamat – seperti parkir atau garaj rumahmu yang jauh dari pandangan orang – dan bebaskan imaginasi kamu. Cosmo tak galakkan kamu buat di tempat terbuka ya! Sama ada di kerusi depan atau belakang, cuba bereksperimen dengan beberapa posisi yang belum pernah kalian cuba di ranjang. Tangan berpeluh melekap di cermin kereta is a must!

 

pretty-woman-emgn27

Pretty Woman

Kenapa ia hangat? Julia menghangatkan sexcapades di hotel dengan mengawal keadaan bila ditanya Gare: “What do you do?” Jawab Julia, “Everything. But I don’t kiss on the mouth.” Ada hari kamu dalam mood untuk memandang suamimu lembut dan berasmara secara perlahan dan sensual. Dan waktu lain, kamu mahukan sesi asmara yang rough dan seksi. Simple.

Cipta semula: Cumbu di mana saja kecuali di bibir

Bergilir baring tanpa seurat benang dan cium setiap inci tubuh suami kecuali di bibir. Bila keadaan jadi lebih hangat, teruskan ke kemuncak: Tapi tetap tanpa bercium. Seks tanpa ciuman akan rasa ‘terlarang’ dan memberikan nikmat yang lebih bila bibir menyentuh leher, telinga dan kawasan sensitif lain.

 

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert