Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cinta Dambaan Lelaki Mengikut Usia

Jom periksa wanita bagaimana yang lelaki inginkan melalui kelompok usia mereka.

14351309 - young couple in love, hugging in the old part of town

 

Awal 20-an

Mereka mencari wanita ceria. “Selain ‘Siapa yang saya suka?’, dia juga fikirkan, ‘Siapa yang mungkin boleh serasi dengan kawan-kawan saya?'” kata Jeffrey Arnett, PhD, profesor kajian di Clark University dan penulis Emerging Adulthood: The Winding Road From the Late Teens Through The 20s.

 

Tengah/Lewat 20-an

Perbezaan mungkin menarik! “Mereka mencari sesuatu yang baru dan mencabar kerana dia juga sedang mencari hala tuju hidup – dan tak semestinya dia akan kekalkan hubungan dengan seorang sahaja,” kata Bonnie Eaker Weil, PhD, penulis Financially Infidelity.

 

Awal 30-an

Lelaki usia ini mencari wanita menarik dan bijak sepertinya serta punyai nilai dan minat yang sama. “Berkerjaya juga penting kerana dia juga perlu pendapatan kedua untuk menyara hidup bila sudah berkahwin,” kata Andrew Smiler, phD, profesor psikologi di State University if New York di Oswego.

 

Tengah/Lewat 30-an

Lelaki usia lewat 30-an menaruh harapan tinggi mendapat bakal isteri yang boleh jadi teman hidup, sentiasa di sisi bila diperlukan dan selesa untuk berikannya ruang. Malah, dia turut mencari wanita serasi dalam hubungan intim dengannya – sesuatu yang tak penting untuk lelaki usia awal 20-an.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor