'Cerita Kita' Tak Ada Kena Mengena Dengan Bella Dally - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

‘Cerita Kita’ Tak Ada Kena Mengena Dengan Bella Dally

Kamu sering melihat Nazim Othman membawa watak stereotaip dalam drama lakonannya, namun dalam diam, dia menyimpan hasrat untuk membawa watak orang kurang upaya, pengemis, orang miskin atau luar daripada kebiasaan. Cosmo menemu bual jejaka kacak yang kini sudah pun sedekad berada dalam dunia seni.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tak Mudah Kekal Relevan                                                                             

Tak dinafikan dunia seni tanah air meriah dengan kehadiran bakat baru umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi bagaimana Nazim Othman terus bertahan dan kekal relevan dalam dunia seni? “Saya sudah berkecimpung dalam dunia ini selama 10 tahun, bermula seawal usia 24 tahun. Pada pendapat saya, stay focus dengan apa yang kamu akan lakukan dan what have to offer. Saya percaya kita semua ada kelebihan masing-masing. Sepanjang sedekad dalam dunia seni, saya jaga reputasi, kualiti lakonan, disiplin dan keep the passion alive untuk terus relevan sebagai pelakon. Walaupun ada lambakan pelakon lelaki baru, Alhamdulilah saya tetap dapat tawaran. Malah, jadual kerja saya padat hingga Jun. Lagi satu, sebagai pelakon kita tak boleh rasa terlalu selesa dengan kedudukan sedia ada. Selalu pertingkatkan mutu lakonan untuk terus maju,” jelas jejaka 34 tahun ini.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist