Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tolak Permintaan Teman Baik

Bukan kamu sengaja nak lukakan hati teman, tapi ada kalanya ada perkara lain yang terpaksa kamu dahulukan. Ini cara terbaik untuk tolak permintaan dan pelawaan teman baik kamu.

43847177_m

1. Elak Mengaku Kamu Sedang Lapang

Bila kawanmu tanya, “Buat apa Sabtu ni?” Kamu tak perlu kata “Tak ada apa.” – Itulah cara termudah untuk terperangkap dalam melakukan sesuatu yang mungkin kamu tak gemari. Sebaliknya beritahu, “Nanti nak check.” Dapatlah curi masa untuk congak sama ada kamu sanggup atau tidak meneruskannya.

 

2. Beri Alasan Mudah

Tak perlu beri penjelasan panjang berjela, biarkannya pendek dan “” Contohnya, “Sorrylah, I dah ada plan.” atau “Tak boleh pergilah.” Itu menunjukkan kamu tak menipu.

 

3. Jangan Rasa Bersalah

Kamu bimbang persahabatan kalian tergugat? Sebenarnya, dengan mengatakan “tidak” kamu masih boleh terus berkawan bersamanya. Fikirkan begini: Kamu perlu ada pendirian dan set batas tertentu. Barulah Cosmo!

 

Foto: 123RF.COM

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor