Cara Terbaru (Dan Mudah) Untuk Elak Jangkitan Saluran Kencing - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Terbaru (Dan Mudah) Untuk Elak Jangkitan Saluran Kencing

Alahai, senang saja rupanya!

Cara Terbaru (Dan Mudah) Untuk Elakkan Jangkitan Saluran Kencing

Foto: Shutterstock.com

 

Kira-kira 50 peratus wanita akan mendapat jangkitan saluran kencing atau urinary tract infection (UTI) beberapa kali sepanjang hayat dan sehingga 70 peratus akan mengalaminya dalam tahun yang sama. Meaning? Jika kamu mempunyai ‘Miss V’, kamu ada risiko untuk mengalami rasa ‘pedih terbakar’ dan ketidakselesaan lain apabila bakteria menjangkiti uretra.

Ya, kamu boleh kurangkan risiko dengan mencuci bahagian intim dengan betul (dari depan menghala ke belakang) dan membuang air kecil sejurus selepas seks untuk menyingkir bakteria yang mungkin sudah berpindah ke saluran kencing ketika berasmara. Namun kajian daripada JAMA Internal Medicine mencadangkan satu lagi cara mudah:

MINUM BANYAK AIR.

Sebelum ini, strategi yang telah lama dicadangkan oleh para doktor ini belum dibuktikan keberkesanannya, namun pengkaji-pengkaji dari Texas, Florida dan Perancis telah membuktikan ia sahih melalui kajian yang dibuat untuk mengenal pasti berapa banyak jumlah air yang diperlukan untuk menyingkir risiko UTI. Dalam kajian selama 12 bulan, mereka telah mengesan 140 wanita yang mengalami UTI secara berulang dan minum air kurang 1.5 liter sehari. Untuk mengkaji, mereka meminta 70 wanita (Kumpulan A)  minum 3 liter sehari, manakala 70 wanita lagi (Kumpulan B) minum seperti biasa (1.5 liter). Selepas setahun, wanita dalam Kumpulan B dilaporkan mengalami 216 jangkitan (purata 3.2 jangkitan setiap orang) manakala Kumpulan A yang minum lebih air hanya mengalami 111 jangkitan (purata 1.7 jangkitan setiap orang).

“Pengambilan air yang banyak adalah strategi antimicrobial-sparing yang berkesan untuk mencegah cystitis berulang di kalangan wanita premenopause yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan berulang dan kurang minum air setiap hari,” kata pengkaji tersebut, yang turut menyatakan lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan jumlah pengambilan air yang tepat untuk mengurangkan jangkitan ini, dan sama ada wanita yang sudah minum banyak air atau jarang dijangkiti UTI akan mendapat manfaat daripada strategi ini.

Ketua pengkaji, Dr. Thomas M. Hooton, profesor perubatan klinikal di University of Miami, Amerika Syarikat memberitahu The New York Times bahawa walaupun peserta kajian diberi minum Evian H20 (kerana kajian tersebut ditaja oleh Danone, pengeluar Evian H20), tidak bermakna kamu pun kena minum air tersebut. Apa-apa air putih pun boleh. “Akhirnya kini ada data yang menunjukkan bahawa jika kamu mahu kurangkan risiko UTI, minumlah banyak air,” katanya.

Praise be! And pass the water.

 

Artikel asal: Elizabeth Naris (cosmopolitan.com)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor