Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Seimbangkan Kerjaya Dan Kehidupan Kamu

Rasa stress dan tenggelam dengan bebanan kerja di pejabat? Jangan risau, Cosmo akan bantu kamu cari jalan keluar. Capai kejayaan dalam kerjaya dan pada masa yang sama miliki kehidupan yang seimbang.

Foto: Nick Onken

Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan kematian seorang copywriter gara-gara tak tidur selama 30 jam, dek nak siapkan kerja. Kesan daripada tragedi ini, ramai mula sedar bahawa kerja dan kehidupan perlu seimbang. Sebab itu Cosmo cadangkan beberapa tip untuk jadi panduan buat kamu:

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Jika boleh, lakukan 6 tip ini:

1.Terus bangun dari tidur

Elakkan daripada tergolek-golek di katil dan berangan. Sebaliknya, periksa e-mel, fikirkan pelan jangka masa panjang atau baca artikel penting.

2. Pilih baju kerja sebelum tidur

Tiada alasan untuk kamu ke pejabat dengan baju tak bergosok atau busuk. Persiapan awal ke tempat kerja boleh kurangkan stres.

3. Diet sihat

Ikan dan kekacang antara makanan yang bantu kamu untuk lebih fokus. Kajian menunjukkan ia juga memulihkan mood dalam masa 10 hari. Jadi pastikan ada kacang (tak lebih 30g sehari) sebagai snek dan pilih makanan berasaskan ikan waktu tengah hari kerana ia kaya dengan Omega 3.

4. Senaman waktu makan tengah hari

Otak membebaskan endorfin ketika bersenam, iaitu cecair kimia semula jadi yang menjadikan kamu rasa best! Kamu juga akan rasa kurang stres.

5. Rehat sekejap

Cuba bangun daripada komputer dan jalan-jalan anak. Ironinya, inilah waktu terbaik untuk kamu peroleh idea baru dan jalan penyelesaian pada sesuatu tugas.

6. Pastikan e-mel ditulis ringkas

E-mel sepatutnya ditulis ringkas, padat dan jelas. Subjek kamu mesti jelas dan tulis ‘action required’ atau ‘no action required’.

 

And finally…enjoy your weekends!

Kamu akan tambah stres bila terlalu sibuk dengan kerja. Secara tak langsung boleh beri kesan pada keluarga dan orang tersayang. Jadi rangka masa sebaik-baiknya supaya dapat luangkan hujung minggu dengan mereka. Pada masa yang sama berehat secukupnya sebelum hari Isnin.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor