Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Seimbangkan Kerjaya Dan Kehidupan Kamu

Rasa stress dan tenggelam dengan bebanan kerja di pejabat? Jangan risau, Cosmo akan bantu kamu cari jalan keluar. Capai kejayaan dalam kerjaya dan pada masa yang sama miliki kehidupan yang seimbang.

Foto: Nick Onken

Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan kematian seorang copywriter gara-gara tak tidur selama 30 jam, dek nak siapkan kerja. Kesan daripada tragedi ini, ramai mula sedar bahawa kerja dan kehidupan perlu seimbang. Sebab itu Cosmo cadangkan beberapa tip untuk jadi panduan buat kamu:

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kerja seperti zaman 70-an

Teknologi digital kadangkala boleh ganggu tahap konsentrasi kamu. Berikut lima cara untuk lari seketika.

1.Alih panggilan ke ‘voicemail’

Biarkan telefon dalam mod silent. Atau rakam pesanan suara kalau berlaku kecemasan, sila telefon ke pejabat.

2. Periksa e-mel dua kali sehari

Waktu terbaik untuk balas e-mel adalah bila kamu rasa kurang produktif. Seperti sebelum waktu makan tengah hari dan petang.

3. Tutup segala ‘alert’ dan ‘reminder’

Tiada yang lebih mengganggu daripada pancaran mesej di telefon atau komputer. Jawapannya, ‘off’ saja.  Periksa saja lepas waktu kerja.

4. Find a quiet room

Kebanyakan pejabat mengamalkan konsep terbuka. Jika kamu perlukan tahap konsentrasi yang tinggi, cuba lari sekejap ke bilik mesyuarat. Namun jika tak jalan juga, cuba cadangkan ‘zon senyap’ di pejabat kamu.

5. Hanya e-mel kerja

Jangan campur aduk urusan peribadi ketika waktu pejabat. Kalau boleh elak balas e-mel yang tak penting seperti kerja, kucing, atau teman lelaki baru BFF kamu. Walau kedengaran agak tegas tapi percayalah, kamu tak perlukan timbunan ‘kerja’ lain.

Tip Cosmo: Semua orang ada waktu progresif masing-masing. Jadi, jadualkan setiap tugas mengikut waktu yang sesuai.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor