Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Cara Tepat Seimbangkan Kerjaya Dan Kehidupan Kamu

Rasa stress dan tenggelam dengan bebanan kerja di pejabat? Jangan risau, Cosmo akan bantu kamu cari jalan keluar. Capai kejayaan dalam kerjaya dan pada masa yang sama miliki kehidupan yang seimbang.

Foto: Nick Onken

Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan kematian seorang copywriter gara-gara tak tidur selama 30 jam, dek nak siapkan kerja. Kesan daripada tragedi ini, ramai mula sedar bahawa kerja dan kehidupan perlu seimbang. Sebab itu Cosmo cadangkan beberapa tip untuk jadi panduan buat kamu:

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Cara tolak tugasan dengan baik

1.Be less available

Kita selalu rasa yang semua pihak mahukan respon segera tapi sebenarnya tidak. Kecuali kalau kamu berjanji yang kamu boleh menyelesaikan dengan cepat. Tahu had diri kamu.

2. Cadang alternatif

Kadangkala kerja yang tak efisien melambatkan sesuatu proses. Jika kamu punyai alternatif lain, cadangkan pada bos kamu.

3. “Tak boleh” ke “Bukan sekarang”

Jika tak penting, minta ia ditunda. Atau jika kamu rasa rakan kerja kamu lebih sesuai dengan tugas itu, cadangkan. Jika ada yang mempersoalkan hal ini, beritahu tugasan kamu terlalu banyak  dan kamu perlu beri prioriti pada tugas lain.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor